Sunday 17 March 2013

Sahabat Pena !! MALINDO


Hallo . Ini cerita untuk sahabat sahaba antaranya dari indonesia. Dia cantik sekali nama nya Erlitha , panggilan nya Croot. Yeah. she is very nice on me and friendly makanya aku jadian kawan sama dia. Orang nya kelihatan baik sekali punya karakter sendiri. Dia punya pacar lorh namanya Riski , nah dari itu juga saya kenal sama si croot. Muka nya ya agak imut dan lucu sih. Dia manggil aku kak lia , kalau akak datang ke Indonesia , at least i have friends to show me great place to visits ya sayangg. Boleh kan ? Huhuu. Croot guna BB , tapi kak lia ngak ada lagi sih sayangg . Makanya mahu contacts sama kamu nggak dapat. Ya ngak apa , ntar kakak ada  aku inbox ke kamu ya adik. Nice to know kamu croot ! Sayang ke kamu. Keep in touch okey ngak mahu sombong sombong gitu. Salam malaysia ! Oh , ya kamu suka upin dan ipin kan ? :D .

Foto foto nya kayak moderat semuanya. Bythewayy , maaf ya ngak mintak permission dari kamu croot. Nice background nya sih , maaf dari kakak.

Saya Rindu Awak ❤.

I miss We fight Kita selalu gaduh sebab benda kecil je,maybe silap saya juga lah sebab saya mungkir janji kadang kadang saya terlupa nak buat apa yang awak suruh. We curse. Kita selalu saling mendengar antara satu sama lain.Apa yang awak rasa ,apa yang saya rasa semua kita tahu. Sampaikan tiada rahsia antara kita berdua sebab kita kan dah janji sayang? We kiss . Saya rindu sangat dekat awak,kadang kadang kita tenung antara sama lain then awak pun buat flying kiss. Alahai,indahnya masa tu. We hug  . Apabila kita dah lama tak jumpa mesti saya rasa nak peluk awak,saya nak peluk awak kuat kuat. Kalau awak sejuk biar saya jadi baju sejuk awak. We text  Dulu kita selalu mesej , sampai kan saya sanggup langgar peraturan asrama dan berusaha apa cara untuk saya dapat berhubung dengan awak.But now , awak kerja saya selalu tunggu awak mesej sebab saya tak nak ganggu awak nanti kesian awak ye sayang. Saya tak kisah saya faham awak. We talk Kita suka borak kekadang sampai pagi , saya ingat lagi awak suruh saya teman masa tu bulan puasa . Awak nak kita borak sampai sahur , saya tak kisah asalkan awak bahagia dan happy. Besok pagi masa sekolah tu , saya melepek je dekat meja semua orang hairan kenapa dengan saya. Saya cakap saya teman awak lagipun hari tu hari jumaat so tak da lah letih mana pun . We argue . Saya takut sangat bila awak marah sebab saya takut awak tinggalkan saya. Saya hanya mampu berdiam dan saya cuba pujuk awak even saya sebenarnya tak reti nak pujuk orang . Kadang kadang saya rasa saya jahat sangat sebab banyak kali saya buat awak marah dan sedih . Kalau saya boleh putarkan masa tu saya akan perbaiki kesalahan saya. Saya memang tak sempurna tetapi saya cuba nak mencintai awak dengan cara yang sempurna. We laugh . Awak suka , saya suka . Saya nak bahagiakan hidup awak , saya berusaha apa cara pun supaya saya dapat jumpa kekadang saya terpaksa buat macam macam alasan untuk keluar. We smile  together , kalau bersama dengan awak saya senyum sebab awak lah jantung hati saya , saya akan lupa semua masalah saya. We love each other , saya tak nak tinggalkan awak ,awak sayang saya . Saya sayang awak sangat sangat . That's just us  Kalau boleh hubungan ini saya nak sampai ke jinjang pelamin. Tapi kita hanya merancang tuhan menentukan. Dunia akan jadi kita punya when we together. Bulan bintang jadi saksi kita. Hubungan ini hanya kita sahaja iaitu awak dan saya. Tiada yang lain.


You Are My Everthing.

Saturday 16 March 2013

♡ Hanya Kita Yang Tahu ♡

Makin lama kita kenal dia, makin sayang kita dekat dia. Nak Tahu kenapa ? Sebab makin lama kita kenal dia, makin banyak kenangan tercipta . Macam tu lah saya rasa awak setelah beberapa bulan saya kenal dengan awak.Tak sangka betul saya,awak yang dulu saya malas nak layan jadi orang yang paling saya sayang.'Tak kenal maka tak cinta' kan ? Cinta tak pandang paras rupa dan usia. Pada tarikh 9/7/2011 kami rasmi sebagai BF/GF.

Saya selalu melayari internet dan buka laman facebook saya , Pada suatu hari maybe tuhan nak tunjuk kan dekat saya. Saya buka wall facebook awak.Saya baca ada seorang perempuan tulis dekat wall tu 'Miss You Ainor Muhammad' masa itu saya terdiam dan saya rasa marah sangat dengan awak. Saya text awak , macam macam saya cakap dekat awak. Saya nak penjelasan dari awak. Saya sedih sangat sebab saya percaya sangat dekat awak , saya tahu awak tak kan tergamak nak buat sama macam itu sebab kita dah lama kenal awak. Saya add perempuan itu dan saya komen dekat status perempuan tu.

Me : Awek dia ke ?
G: Aah. Kenapa ?
Me : Oh , itu kawan saya.
G: Kawan ? Ini atai dak lakai umur dia 22 tahun.
Me:Ye kenapa ? Tak percaya saya kawan dengan dia ?
G:Oh,okey.

Saya rasa macam nak pitam pijak awak. Awak pula reply yang awk tak kenal siapa perempuan tu.
Malam tu awak call saya tapi saya tak dapat nak angkat sebab dah teruk sangat saya menangis masa tu.
Agak berapa hari entah kita baru contacts. Malam tu saya nampak awk online then awak hantar chat yang 'kau tahu tak sebab kau aku dengan awek gaduh' . Seriesly , masa tu saya rasa macam nak bunuh jew awak. Geram sangat , sampai hati awak cakap macam itu dekat saya. Siapa saya bagi awak? Tergamak awak buat macam tu dekat saya kan ? Ingat saya tak ada hati ke apa ? Hanya tuhan saya yang tahu apa yang saya rasa masa tu. Awak pujuk saya balik by texting saya , awak nak jumpa saya tapi saya tak dapat nak jumpa awak. Saya redha jew lah kalau sampai situ je hubungan kita sebab hati saya dah sakit sangat masa tu.Lama kelamaan hati saya lembut nak terima awak balik sebab awak kata yang semua tu kawan awak yang buat bukan awak. Saya percaya dekat awk sebab saya sayang awk sangat sangat. Memang hebat ujian yang tuhan bagi dekat saya.Tapi saya tidak boleh pandang belakang sebab awak tak macam dulu. Saya nampak kesungguhan awak semua dan awak sayang dekat saya , saya sayang awak. Pergaduhan itu semua ada dalam setiap hubungan tiada manusia yang sempurna dan kita hanya manusia biasa. Hubungan saya dengan awk masih ada tapi kita tak rapat macam dulu. Awak sibuk dengan kerja awak then saya pula kena tolong mak bapak saya.Saya sayang sangat dengan hubungan ini , kita kan dah janji nak jaga hubungan selama lamanya. Betul tak sayang ? Awak jaga diri awak tu baik baik saya jarang dekat samping awak sayang, Sayang awak sangat sangat. Saya rindu sangat dekat awak , awak mesti rindu dekat saya juga kan? Nanti kalau kita jumpa kita lepaskan rindu kita ye sayang. Saya rindu nak peluk awak, kadang kadang bila lepas awak telefon saya rasa sebak sangat. Saya kena faham sebab nanti kalau saya sibuk , awak pun kena faham saya ye sayang. Sejauh mana awak dengan saya , hati kita tetap dekat kan? Yang penting awak dengan saya kena setia antara satu sama lain.Kita dah besar , masing masing tahu mana yang baik dan buruk. Akhir kata dari saya , saya akan setia dengan awak sampai hujung nyawa saya. Walau tiada jodoh antara saya dengan awak. Awak kena faham yang dalam hati saya hanya ada awak sayang.

"Dear god, i wanna take a minute, not to ask for anything from you. But simply to say thank you, for all i have." 
T_T
  

Friday 15 March 2013

Love Is Cinta

"Saya sayang awak. Saya cinta awak. Saya janji saya tak kan tinggal kan awak. Kalau boleh saya nak sehidup semati dengan awak"

Macam macam kalau orang sudah dilamun cinta ni untuk menyakinkan pasangannya bahawa beliau amat mencintai seseorang itu. Sesungguhnya cinta memang tidak boleh ditunjuk dalam segi kita bercakap sahaja,dengan perbuatan dan hanya hati sahaja yang dapat fahami betapa dalam dan besarnya cinta itu kepada seseorang. CINTA ITU BUTA selalukan kita dengar? Memang tidak dapat disangkal lagi sebab cinta mereka sanggup buat apa apa , sebab CINTA boleh runtuh sebuah persahabatan , sebab CINTA hubungan antara keluarga boleh renggang,sebab CINTA berlakuka pergaduhan . Haish, macam macam lah ragam orang kita ini kalau nak diceritakan. Dalam satu perhubungan kita perlu saling mempercayai,saling menyayangi. Itu sangat penting kan. Bergaduh itu biasa lah , orang kahwin pun boleh bertikam lidah inikan pula kita yang masih tiada apa apa ikatan. Yang penting cara kita tangani itu kena betul secara profesional dan tidak terlalu ikutkan perasaan. Pasangan ini seperti memegang tali getah jika seseorang itu lepaskan getah mesti seorang rasa sakit.Betul tak? Kalau kita main main dalam perhubungan no wonder lah kalau dia ada perempuan/lelaki lain.

S.A.H.A.B.A.T --N E V E R -- D I E

'Ketawa bersama , menangis bersama
Kubersumpah harap kita mati pun bersama'

Begitulah lirik lagu Teman Penganti yang sering menjadi halwa telinga kan? Bila kita gembira kita menghayati lagu dan apabila kita sedang sedih kita akan memahami lirik yang cuba disampaikan. Saya ada kawan dan semua orang ada kawan. Tanpa kawan kita tidak akan tahu apa itu kegembiraan , kesedihan dan kita juga tidak dapat berkongsi masalah selain daripada keluarga kita sendiri.Kita perlu pandai memilih kawan dan lawan. Kawan yang baik adalah kawan yang melarang anda berbuat sesuatu yang jahat dan membimbing kita ke arah yang benar. Bagi kaum perempuan memang susah nak dapat kawan yang sejati. Kawan sejati tak semestinya kawan yang selalu disamping kita berjalan macam belangkas. Kawan sejati yang sentiasa mendengar masalah kita,memberi nasihat dan tidak mementingkan diri. Kawan ketawa memang ramai tapi kawan menangis memang sukar dan boleh dikira dengan jari. Well well , itulah yang sering berlaku kan? Huhuu. Perempuan baik mana pun pernah juga mengumpat kawan perempuan yang lain kan? Takpayah nak cakap lah kan memang ada. Sebabnya perempuan ini jenis yang suka memendam dan tidak berani nak cakap depan depan macam lelaki. Kalau lelaki pula mereka akan berdepan dan selesaikan dengan cara kelakian mereka. Haish, tapi ada juga antara mereka ini suka bergaduh sampai bertumbuk itu bukan menyelesaikan masalah malah menambahkan masalah. Kita sebagai anak pasca merdeka perlulah mempunyai pemikiran yang rasional.Saya suka berkawan dengan sesiapa tak mengenal kaum tak kira lah orang asli,cina,india,kristian,melayu ke . Semua ada :) . Mari kita berkawan nak? Tidak baik kita memutuskan silaturahim , malah kita juga diseru supaya mengeratkan lagi silaturahim yang sedia ada. Perasaan iri hati dan hasad dengki perlu kita jauhi . Okey ? All is well . You wants be my friends ? Just add me as you friends on
Facebook :http://www.facebook.com/kecix.molex
Twitter : https://twitter.com/ZaliaAyof


 This is my classmate :) 2012. Miss them so damn much ! Loveyouu all :-*

Ini lah kawan kawan saya Rabiatul Adawiyah , Rosenadia , Suhaila , Aida , Najwa , Norazliyana , Fatin , Nazirah , Atiqa . Saya sayang mereka semua . Ramai lagi kawan saya sebenarnya :D . 5 Tahun mengenali mereka , memang macam macam ragam , biasa lah perempuan kan? Huhuu. Cerita mak jemah , mak bedah , mak tipah semua akan keluar bila saya bersama mereka.

Thursday 14 March 2013

Saya ! Saya ! Saya !

 Hai. Nama saya Zalia Ayof , umur saya 18 tahun dilahirkan pada 2/9/1995 di Hospital Kuala Pilah :) . Saya budak nogori. Saya bukan islam tau saya bumiputera, saya ada 6 orang adik beradik anak ke 4. Afezal,Zaleren,Zalafera,Zalia,Afezely.,Afezeril. Jyeah , thats my siblings. Wuuuhuuu. Saya ini seorang yang friendly,suka buat lawak,gile gile otak nya. Tak percaya ? Tanya kawan kawan saya , sebab diorang tahu saya macam mana. Saya ini jenis suka bercakap , itu adalah one of the reason kenapa saya nak buat blog ini. So i guess , i can update and story about myself and blog about my journey life. Memandangkan rakan rakan saya sangat jauh nak jumpa entah bila kan? So. Saya newbie. Maafkan saya kalau ada cerita sedikit terabur :D. Almaklum lah kan :) , nice to meet you all sayang :-* .Kamek sayang kitak .